About Me

My photo
I love Tulip..also i love Horatio Caine (CSI : Miami)

Sunday, November 14, 2010

Meluruskan Rambut Dengan Pati Santan



- Campurkan pati santan asli dengan 50ml jus air limau nipis. Simpan dalam peti ais sehingga atasnya menjadi krim.

_ Sapu krim tersebut pada kulit kepala dan rambut Tutup kepala dengan tuala selama sejam kemudian bils dengan bersih.

- Lakukan 3x seminggu.

_ Dulu masa kecik2 mak aku selalu lumur rambut aku dengan pati santan (tapi tanpa campuran jus limau nipis dn tak payah di simpan dlm peti ais utk jadikn krim. Just lumur mcm tu je). Memang berkesan. Rambut aku skrg lebat je..ehehehehe..

Monday, November 8, 2010

Makan Oren untuk tahan lapar.



Kajian dari American College of Nutrition
- Gelatin iaitu sejenis serat di lapisan putih buah oren boleh menahan rasa lapar dalam masa 4 jam.
- Daripada 69 kalori oren, mengandungi 4gm serat iaitu 16% yang memang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

*Waaaa..baru je tadi aku nk masak sosej dn telur hancur as my lunch..ada oren dlm fridge tu. tapi mcm tak nk mkn oren pulak..ahahahaha...

Sunday, November 7, 2010

8 Menu Banteras Penyakit ( Part 2)

5. Yogurt

- Bakteria probiotik di dalam yogurt membantu mencegah masalah penghadaman seperti sembelit dan cirit birit

- Kandungan kalsiumnya juga penting untuk kesihatan tulang.

- Pilihla yogurt rendah kandungan lemaknya

- Aku paling suka mkn yogurt..hehe..



6. Kacang

- Menikmati satu atau dua auns kacang seperti badam, gajus dan walnut setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung sebanyak 39%.

- Ia juga kaya dengan protien, magnesium, vitamin B dan E.

- Pilihla yang tidak bersalut garam

- Alamak, aku suka mkn yang ada garam nye..aduh!




7. Kekacang (Legume)

- Kebanyakan kekacang dari kumpulan ini adalah bebas kolestrol dan lemak, tinggi serat dan nutrisi malah membekalkan lebih daripada separuh keperluan kalsium, magnesium dan zat besi

- Menikmati secawan kekacang untuk empat hari dalam seminggu akan membantu mengurangkan 22% risiko serangan kanser

- Tak sama ke dengan kacang (no. 6) tu? tak sama kot..



8. Kiwi

- Kandungan vitamin C di dalamnya lebih hebat dari buah oren (ooo..baru ku tahu), sumber terbaik vitamin A, postium dan magnesium (magnesium lagi) malah mengandungi 3 gram serat bagi setiap biji kiwi.

- Kandungan aktioksidannya yang tinggi turut membantu mengurangkan risiko kanser.

- Tak pernah makan buah kiwi. Tak tau apa rasanya. hehe..




*sedikit info : pada keseluruhannya, makanan yang tidak di proses mengandungi lebih banyak khasiat berbanding makanan proses*


info from Rapi 15 Jul 10, Bil. 144

8 Menu Banteras Penyakit ( Part 1)

1. Susu Kacang Soya

- Kandungan isoflavones di dalamnya membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah gejala kurang daya ingatan.

- Kandungan kalsium dan vitamin D di dalamnya pula membantu mengurangkan risiko osteoporosis serta efektif sebagai diet menurunkan berat badan.

- korang perasan tak kacang soya ni selalu ada dlm diet? adeh..aku dahla tak suka kacang soya ni..hehe..



2. Buah Beri Biru

- Diperkaya dengan 40 jenis anthocyanins, sejenis bahan phytochemicals yang membantu mencegah oksidasi dan inflamasi yang merupakan faktor pencetus kepada gejala sakit jantung, kanser dan alzheimer.

- ni lagi salah satu buah yang susah sangat nk dpt kt malaysia..juga mahal kn..haih..susah betul nk mkn buah ni..







3. Tomato

- Sos tomato dan produk berasaskan tomato yang lain adalah sumber terbaik lycopene dan antioksidan yang bagus untuk perlindungan jantung.

- Kaum wanita digalakkan mengambil 7 sajian berasaskan tomato setiap hari untuk membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

- Sebanyak separuh atau 1/2 cawan tomato dikira sebagai satu sajian.

- Tomato ni aku selalu hiris halus-halus je dan letak kat muka sebab aku tak suka makan..ehehe..




4. Wheat Germ

- 1/2 cawan sajian ini membekalkan 8 gram serat, lebih dari separuh keperluan magnesium anda, 100% keperluan asid folik dan 50% keperluan vitamin E.

-Ia juga kaya dengan bahan phytoestrogens yang membantu mengurangkan kanser malah sangat baik untuk merendah kan kadar kolestor dalam darah