Thursday, December 30, 2010
Limau nipis banyak khasiatnya (Part 2)
6. Siku dan lutut
- Siku dan lutut yang hitam pastinya memalukan kamu. Untuk menghilangkannya, kamu boleh cuba gosokkan limau nipis pada siku atau lutut atau ketiak.
7. Kuku
- Lumurkan minyak kelapa dan isi limau pada kuku. Ia boleh mengembalikan keserian pada kuku.
8. Kaki
- Sering didapati kaki kita berbau setelah memakai kasut yang tertutup. Ambil limau nipis dan gosokkan pada seluruh tapak kaki.
9. Urat timbul
- Bagi yang mengalami masalah urat timbul pada betis, gosokkan limau nipis pada betis sehingga kering sebelum membilasnya dengan air suam.
10. Toksik
- Air limau nipis boleh diminum untuk membuang toksik dalam badan kerana rasa masam dan usnur 'pectin' (complex carbohydrate) yang terkandung pada limau nipis dapat membantu menghilangkan racun dalam tubuh kita.
(Dara.com, Edisi 101, Nov. '10)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment