Thursday, December 30, 2010
Limau nipis banyak khasiatnya (Part 2)
6. Siku dan lutut
- Siku dan lutut yang hitam pastinya memalukan kamu. Untuk menghilangkannya, kamu boleh cuba gosokkan limau nipis pada siku atau lutut atau ketiak.
7. Kuku
- Lumurkan minyak kelapa dan isi limau pada kuku. Ia boleh mengembalikan keserian pada kuku.
8. Kaki
- Sering didapati kaki kita berbau setelah memakai kasut yang tertutup. Ambil limau nipis dan gosokkan pada seluruh tapak kaki.
9. Urat timbul
- Bagi yang mengalami masalah urat timbul pada betis, gosokkan limau nipis pada betis sehingga kering sebelum membilasnya dengan air suam.
10. Toksik
- Air limau nipis boleh diminum untuk membuang toksik dalam badan kerana rasa masam dan usnur 'pectin' (complex carbohydrate) yang terkandung pada limau nipis dapat membantu menghilangkan racun dalam tubuh kita.
(Dara.com, Edisi 101, Nov. '10)
Tuesday, December 28, 2010
Limau nipis banyak khasiatnya (Part 1)
1. Kepala
- untuk kesihatan kulit kepala, kamu disarankan mengambil air perahan limau nipis dan letakkan di atas kulit kepala serta melumurkannya sehingga rata.
- biarkan selama 10 minit. kemudian basuh kepala kamu menggunakan air suam.
2. Badan
- kisar limau nipis kemudian lumurkan pada kulit seluruh badan dan biarkan beberapa minit sebelum di basuh.
- liamu ini akan berfungsi sebagai agen pengelupasan sel-sel mati dan mengecilkan pori-pori.
3. Perut
- Campurkan perahan air limau nipis dengan kapur sirih untuk disapukan pada perut.
- ianya membantu mengempiskan perut kamu.
4. Gigi
- limau nipis yang mengandungi asid sitrik ini sebenarnya membantu membersihkan nikotin pada gigi dengan cara menyapu hirisan limau nipis pada setiap gigi kamu.
5. Mata
- Jika kamu mempunyai masalah lebam bawah mata, gunakan hirisan limau nipis dan perahkan airnya di bawah mata untuk seketika sebelum membasuhnya dengan air suam.
(Dara. Com, Edisi 101, Nov. '10)
Subscribe to:
Posts (Atom)